Minggu, 06 Maret 2016
Ada Apa Dengan EURO 2012?
Minggu, 06 Maret 2016 by Alfanet Fx
1. Kejohanan pertama yang dianjurkan oleh salah sebuah bekas negara Soviet (Ukraine) selepas runtuhnya blok komunis pada lewat 80'an. Kali terakhir kejohanan besar yang dianjurkan oleh USSR ialah pada 1980, itupun Sukan Olimpik Moscow. Dan kejohanan ini jugalah merupakan penyertaan kali terakhir pasukan bola sepak kebangsaan dalam Olimpik sebelum menarik diri gara-gara memboikot penawanan Russia terhadap Afghanistan.salah ana ke? |
2. Kejohanan EURO pertama yang berlangsung di sebelah Eropah Timur selepas runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1990.
3. Kejohanan EURO pertama yang paling bermasalah, tak kiralah dari sudut politik, infrastruktur,sosial dan errrrrmmm sebagainya. Apa tidaknya, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kejohanan ini nak bermula, terdapat banyak protes-protes yang berlaku. Ada protes perempuan yang separuh bogel lah, protes penggunaan bahasa Russia di Ukraine lah, protes pelaksanaan PPSMI lah,errrrrrrmmm yang lelain tu gugel sendiri yerk? Gedik nak suruh aku suap je.
saja je.Buat geli-geli |
Bila sentuh mengenai masalah infrastruktur tadi, Platini menggelarkan Ukraine sebagai @#%#^%$^ dan %#%^#$# ! Apa tidaknya, Ukraine yang dipilih sebagai tuan rumah bersama pada tahun 2007 ini seakan-akan buat dek sahaja apabila diumumkan sebagai tuan rumah. Sikap acuh tak acuh ini diharap tidak diteladani oleh kakitangan kerajaan.
4. Kebangkitan pasukan Denmark. Ceritanya begini. Wesley Sneijder haritu pernah berkata macam ini...."Kejohanan EURO adalah lebih mencabar daripada Piala Dunia. Jika di Piala Dunia anda senang memperoleh 3 mata kerana anda berdepan pasukan dari benua yang kureng power macam eerrrrmmm you know who akan tetapi tidak di kejohanan EURO". Alhamdulillah, akhirnya kita jumpa pemain yang 'celik' macam mamat ni. Ayuh Denmark Ayuh!
ceh Sneijder,kitorang yang tak power ni pun korang payah nak kalahkan |
5. Jika anda mahu menyaksikan EURO secara live di sana, ada eloknya sebelum nak berlepas tu anda berjemur di bawah panas terik mentari di pantai Teluk Kemang,PD. Kemungkinan besar bila tiba di sana nanti anda akan dihidangkan pisang secara percuma.
Seksi, Bergaya, Eksotik, Wangi |
6. Kejohanan EURO terakhir yang menampilkan 16 pasukan. Selepas ini kejohanan EURO 2016 di Perancis (dan yang seterusnya?) akan menampilkan 24 pasukan, format yang sama dilakukan pada kejohanan Piala Dunia 1982 dan 1994. Jangan kaget jika pasukan Macedonia mahupun Faroe Island beraksi pada kejohanan akan datang. Atas inisiatif ini,mohon Ultras Malaya menghantar memorandum di pejabat Asia Football Confederation (AFC) kat KL tu agar badan bola sepak Asia ini mencontohi idea UEFA ini. Jika diterima idea ini, pastinya harapan cerah buat pendukung-pendukung ultras ini nak melancong ke Australia pada tahun 2015 ini bersempena Piala Asia.
Foto ini diambil ketika saya melancong ke Australia.Time IRB WC tahun lepas.Ya,kita sudah maju |
7. Jika anda rasa terancam ketika berkunjung di sana, anda dinasihatkan supaya membawa bekal bendera Nazi bila anda sudah memasuki stadium. Jika anda rasa tak selamat lagi walaupun sudah mengibarkan bendera Nazi, ada eloknya anda buat tabik gaya Nazi sambil menjerit 'Seig Heil!' sekuat mana yang mampu. Insyaallah anda akan selamat. Malah tindakan anda tadi mungkin akan menambahkan lagi kenalan anda dari Eropah.
Hail ! |
urrrrmmm, kecik hati. Asik cerita pasal Ukraine je.Majuk ahh! |
reff : http://rokoksepamdua.blogspot.com/2012/06/ada-apa-dengan-euro-2012.html Tags:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 Responses to “Ada Apa Dengan EURO 2012?”
Posting Komentar