Minggu, 15 Februari 2015
ZED ZAIDI Persendakan Kemalangan Pesawat MAS MH370
Minggu, 15 Februari 2015 by Alfanet Fx
Gimana nih hari ini kabarnya sobat semua ?, he he yang pastinya lagi bahagia dan sehat kan sobat semua !. Topik kita kali ini adalah ZED ZAIDI Persendakan Kemalangan Pesawat MAS MH370."

Ingatkan para pengikut dan pemercaya Anwar Ibrahim sahaja dari kalangan yang bodoh bahlol, rupa-rupanya mereka yang cuba mencari hierarki dalam Pemuda UMNO pun tidak terlebih pandai daripada pecacai-pecacai Pakatan Rakyat.
Salah seorang daripada mereka yang gila hendakkan kedudukan dalam UMNO tetapi otaknya tidak berkembang dan langsung tidak boleh dipakai adalah ROZAIDI JAMIL atau ZEK ZAIDI, Presiden SENIMAN yang banyak menimbulkan kontroversi dengan para pelakon lain hanya kerana gila kuasanya dan ketololannya dalam memahami konsep organisasi dan hierarki.
Untuk pengetahuan, SENIMAN yang ditinggalkan oleh Datuk Mustafa Maarof mempunyai sejumlah wang yang bernilai besar hasil kerja kuat bekas pelakon Cathay Keris era kegemilangan perfileman Melayu itu. Persengketaan dan ketamakhalobaan Zek Zaidi yang kemudian merampas kuasa dari Harun Salim Bachik yang menggantikan Datuk Mustafa Maarof, akhirnya menjadikan SENIMAN sebagai sebuah organisasi yang sekadar bernama tetapi tidak mempunyai fungsi penting dalam membantu membina serta memartabatkan golongan yang terlibat dalam industri hiburan tanahair.
Insiden pesawat MAS MH370 terhempas di Laut China Selatan di Vietnam mendedahkan perangai serta tembelang sebenar Zek Zaidi.
Sebagai seorang Presiden SENIMAN, tidak seharusnya Zek Zaidi mengeluarkan kenyataan yang sebegitu bodoh dan mentah. Insiden melibatkan nyawa dan keselamatan para penumpang, apatah lagi ia turut membabitkan syarikat penerbangan nasional, bukanlah perkara yang boleh dilawak-lawakkan.
Orang ini tidak lama dahulu bertungkus lumus berkempen agar menjadi sebahagian daripada AJK Pemuda UMNO Pusat. Namun, mujurlah dia tidak terpilih kerana kes besar yang melibatkannya menghalang dia daripada menjawat jawatan penting dalam parti tersebut. Apatah lagi keanggotaannya dalam UMNO sendiri pun masih hijau dan terlalu mentah.
Pada ketika ini, pihak berkuasa Malaysia, Vietnam dan China sedang menghantar pasukan-pasukan khas mencari dan menyelamat ke kawasan insiden, Zek Zaidi pula sedang bergelak tawa sambil memperkatakan tentang hidangan di dalam pesawat MAS yang barangkali baginya tidak sesuai dengan tekaknya.
Mengapa perlu ada orang kurang ajar seperti Zek Zaidi yang secara sembrono mengeluarkan kenyataan yang tidak lebih baik daripada kenyataan ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin yang menghina kematian seorang anggota polis yang telah dibunuh oleh penjenayah warga asing beberapa hari lepas?
Adakah mereka ini sebenarnya dari golongan buta perut tetapi sangat bernafsu untuk memiliki kuasa?"
Source : http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/03/zed-zaidi-persendakan-kemalangan.html
Tari beradat langkah bertingkah
Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita berpisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 Responses to “ZED ZAIDI Persendakan Kemalangan Pesawat MAS MH370”
Posting Komentar