Rabu, 18 Februari 2015
PRK Kuala Besut: Keputusan diumum 10 malam, 24 Julai - SPR
Smoga sobat semua tidak bosan bertemu saya he he, bagaimana kabarnya nih sobat semua ? yang pastinya sehat dan bahagia ya. Ok langsung saja pada topik kita kali ini adalah PRK Kuala Besut: Keputusan diumum 10 malam, 24 Julai - SPR."Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat markas TUDM di Gong Kedak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Julai, 2013.Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut hanya akan dimumkan pada jam 10 malam, 24 Julai bagi menghormati pemimpin parti politik yang menunaikan solat Terawih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkan perkara itu berkata, walaupun semua peti undi diterima pihaknya sebelum waktu itu, SPR tetap hanya akan mengumumkan keputusan selepas waktu itu.
"Kita bercadang umum keputusan PRK pada jam 10 malam paling awal, walaupun semua 36 peti undi sudah dikira. Walaupun kita sudah tahu keputusannya, tetapi keputusan rasmi akan dibuat selepas jam 10 malam.
Proses pengundian awal hari ini menyaksikan 1,148 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, termasuk 14 anggota polis mengundi di sini bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut.
Setakat jam 12 tengahari tadi, dianggarkan 53 peratus pengundi keluar dan dianggarkan 95 peratus pengundi awal akan keluar mengundi.
�Sehingga sekarang baru 53 peratus yang hadir sebab kita sudah berbincang dengan pihak kem supaya pengundi datang berperingkat untuk elakkan kesesakan," katanya.
Bagi tujuan undi awal hari ini, Wan Ahmad berkata pengendali pilihan raya itu menyediakan empat botol dakwat kekal bagi dua saluran. "
Source : http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/07/prk-kuala-besut-keputusan-prk-kuala.html
         Demikian yang dapat saya paparkan mengenai PRK Kuala Besut: Keputusan diumum 10 malam, 24 Julai - SPR yang menjadi pokok bahasan kali ini, tentunya masih banyak kekurangan dan kelemahannya, kerena terbatasnya pengetahuan dan kurangnya rujukan atau referensi yang ada hubungannya dengan judul postingan ini.
Tags:

0 Responses to “PRK Kuala Besut: Keputusan diumum 10 malam, 24 Julai - SPR”
Posting Komentar