Jumat, 20 Februari 2015

63 % mahasiswa yakin BN akan menang PRU 13

Salam sejahtera dan bahagia buat sobat semua, smoga selalu diberkahi oleh Yang Kuasa. Dalam kesempata yang berbahagia ini kita akan akan membuka sedikit tentang 63 % mahasiswa yakin BN akan menang PRU 13 ."




KUALA LUMPUR: Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini.

Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu di tiga universiti utama di Lembah Klang membabitkan 3,000 responden terdiri mahasiswa daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.

"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa.

"Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang," katanya."
Source : http://mypenangonline.blogspot.com/2013/01/63-mahasiswa-yakin-bn-akan-menang-pru-13.html

         Demikianlah yang dapat kami sampaikan mengenai 63 % mahasiswa yakin BN akan menang PRU 13 yang menjadi bahasan kita kali ini, tentunya banyak kekurangan dan kelemahan kerena terbatasnya pengetahuan saya dan banyak berharap kepada para pembaca yang budiman untuk memberikan kritik saran kepada saya. Semoga tulisan ini dapat bermanfaat bagi saya khususnya dan para pembaca. Aamiin !

Tags:

0 Responses to “63 % mahasiswa yakin BN akan menang PRU 13 ”

Posting Komentar

Subscribe

Berlangganan artikel via email

© 2013 Ruang Inspirasi 2015. All rights reserved.
Designed by SpicyTricks