Jumat, 25 Maret 2016

Khas Buat Golongan LGBT

Aku ada terbaca satu luahan seorang yang bergelar GAY di blog hivadadidalamdarahaku.blogspot.com.. Dan aku rasa ia menarik untuk dikongsikan bersama sama dengan pembaca kat blog aku ni.. Luahan ini daripada seorang insan yang menggelarkan dirinya sebagai ?Awan Yang TerPLU?.. Jom kita baca!


 ---------------------------------------------------------------------------------

-


1st time aku noticed there was something wasn't right down there is when aku tengok movie orang putih dan jatuh hati kat actor dia yang masculine, bayangkan masa itu umur aku baru 5 tahun. Aku pelik sebab setahu aku lelaki akan berkahwin dengan perempuan, ya mesti dengan perempuan. 


Bila kat sekolah aku tak berkawan sangat dengan lelaki, aku lebih rapat dengan budak-budak perempuan. Dia orang suka aku, sebab dia orang kata aku baik dan tak jahat macam budak-budak lelaki yang lain. Kadang-kadang ada jugak budak lelaki yang jerit kat aku cakap aku pondan la, memang la aku malu gila rasa nak mati kalau kena kutuk macam tu depan budak-budak perempuan yang lain. Sebab itu buat aku semakin benci hendak berkawan dangan budak-budak lelaki.


Situasi jadi makin kritikal semasa aku masuk sekolah menengah, walaupun aku sudah tak lembut lagi dan tidak ada budak-budak lelaki lain yang panggil aku pondan tetapi aku mula dapat rasa budak-budak lelaki ni sememangnya ada daya tarikan seksual yang tinggi. Aku memang suka dia orang dalam diam. Sengsara sangat kerana ada naluri seperti ini, sebab itu aku terpaksa "act str8" (berlagak normal) even aku tau aku ni seorang gay.


Aku ingat lagi semasa mata pelajaran Pendidikan Islam diajar dalam kelas, cerita pasal kaum nabi Luth dan balasan yang kaum itu terima akibat perbuatan amalan songsang mereka. Semasa dalam kelas membincangkan hal itu, memang kita orang satu kelas akan mengutuk-gutuk umat nabi Luth itu, aku pun sama-sama ketawa tengok gelagat dia orang, tapi dalam hati aku tuhan sahaja yang tau. Paling cemerlang ialah lakonan aku tidak ada siapa "notice" yang aku ni gay ke apa, so aku tidak pernah disisihkan kawan-kawan disekolah.


Tetapi bila malam aku akan rasa tekanan sangat. Sebab kenapa? sebab kalau Allah kutuk umat nabi Luth kenapa Dia jadikan aku gay, aku tidak mintak pun aku jadi gay. Aku tension sangat lah, geram dengan tuhan sebab aku rasa Dia tidak adil, sampai pernah satu malam tu, aku attempt to commit suicide.


Ya, mati pasti akan menghilangkan penderitaan aku, masa tu aku baru form 2. Mula-mula aku tekap muka aku dengan bantal, konon nak kasi mati lemas tetapi tidak lama, aku tak tahan bila tak boleh menafas, tersedut oksigen jugak, so aku tak jadi mati lah malam tu..yayyy.. Pastu aku fikir nak kerat urat tangan aku biar kasi keluar darah, aku ambil pisau "Gillette" tapi tiba-tiba dalam hati aku cakap "hai..berani ker? ko kan takut darah?" so aku tak jadi kerat, selamat lagi.......


Pastu aku fikir, tak best la bunuh diri, lagi pun ustazah aku pernah cakap bunuh diri itu ibarat tempah tiket ke neraka, so aku tak nak tempah tiket ke neraka (nampak tak betapa pendidikan agama memainkan peranan di sini? )


Tapi masalah gay aku memang tak settle lagi. Aku asyik la mengomplen, "kenapa tuhan jadikan aku gay?" aku tak nak la jadi gay, aku nak hidup normal. Aku cover baik punya depan family, tidak ada siapa yang perasan pun aku ni seorang gay. Dimana-mana pun aku pergi, aku acting baik-baik saja dan orang luar memang menganggap aku ini citizen yang baik, sopan santun dan tidak menggatal pun dengan anak dara mereka (memang la, aku dah tak ada nafsu pun kat dia orang)..


Bila deal dengan lelaki pun aku boleh buat muka selamba, walaupun dalam hati aku bergelora "nak" bagai nak gila, tuhan sahaja yang tau. Sekali lagi aku dengan beraninya mempersoalkan kenapa Allah jadikan aku gay, walau pun sekadar lintasan pertanyaan didalam hati sahaja, aku benci diri aku, benci sangat naluri gay yang hidup didalam tubuh badan aku..


Nak-nak pulak bila orang disekeliling aku kadang-kadang rujuk aku bila dia orang ada masalah dalam rumah tangga ke, percintaan ke, sebab mereka percaya kat aku untuk memberi pandangan nasihat. Lagi pun Allah kurniakan aku dengan kebolehan mendengar dan mencari solusi (aku sahaja yang tidak tahu nak bersyukur) Kadang-kadang aku nak aje ludah semula kemuka sendiri, ada ketika diri aku kembali menyindir diri sendiri, "eleh, ko settlekan masalah orang tapi ko tu baik sangat ker?" dan aku jawab dalam hati, "tak baik pun, aku gay" :(


Tetapi walaupun masa tu aku asyik questioning, kenapa Allah jadikan aku gay, aku tetap jaga solat 5 waktu. Kalau subuh terlambat mandi wajib aku tetap qada'. Tak tau la..aku masih tetap takut tuhan, sebab aku tau Dia tu ada dan Dia tengok sahaja apa yang aku buat. Dan aku tidak pernah tinggalkan solat terawikh semenjak aku berumur 15 tahun lagi, ketika dalam bulan puasa aku tidak akan masturbate tetapi dibulan lain habis lenjan kain pelikat aku dengan air mani, tak mengapa, lepas mandi wajib aku sudah boleh solat. 


Haaa.....itu sahaja cara aku nak menghilangkan gelora syahwat aku ni daripada aku berzina ya tak? (masturbate (ONANI) tetap haram hukumnya, so kalau boleh jangan amalkan) Bila aku kerja, ditempat kerja aku ada komputer yang ada internet (nak beli sendiri lambat arr masa tu) so aku suka buka email-email atau baca apa-apa hal berkaitan soal agama dan banyak lah baca cerita pasal komen ustaz, komen tentang gay pun ada. Aku cakap dalam hati " yg ko nak kondem gay ni pehal? karang kasi nafsu songsang tu kat ko baru tau" panas pulak hati.


Kemudian aku terbaca pasal Islam, tentang saudara-saudara muslim di Iraq dan Palestine. Perjuangan mereka dibawa sampai mati.....eh maaf, mereka bukan mati tetapi syahid. Then aku baca lagi keistimewaan pasal syahid. MAK AIH!!!! best giler kalau dapat syahid ni, yang paling best kalau korang baca tentang bagaimana Allah memuliakan jenazah mereka semua ini, sangat istimewa sehingga kita yang hidup ini pun boleh saksikan jenazah mereka yang berbau wangi, wajah mereka yang berseri serta bercahaya seperti tersenyum (kalau rajin google je cerita-cerita tentang mereka yang dapat syahid ni..)


Then dalam hati aku mula la ada rasa jeles... alah, untung la korang tinggal di negara yang huru hara, berperang dengan musuh Islam sudah tentu ada peluang berjihad. Kita di Malaysia ni mana ada perang-perang macam tu......Tengok?!!......Allah tidak adil lagi dengan aku.. :( ALLAH TAK ADIL? are u sure? dush......


Masa itu la otak aku tiba-tiba rewind and flashback dan dengar ceramah-ceramah agama yang pernah aku dengar dulu termasuklah apa yang ustaz dan ustazah aku penah cakap... "Jihad bukan sekadar melawan mereka yang memusuhi Islam, tapi jihad terbesar adalah menentang nafsu sendiri dalam diri.." 


TUUUU DIAA....... masa itulah aku dapat jawapan sebenarnya, kenapa Dia jadikan aku gay. Dia nak kurniakan aku syahid. YA! itu yang aku nak, aku nak mati syahid. AKU BOLEH DAPAT SYAHID TETAPI DENGAN SYARAT AKU TERPAKSA MELAWAN NAFSU SONGSANG AKU INI, LAWAN SAMPAI MATI.


Ya Allah, baru aku sedar betapa kasihnya Dia kepada aku. Dia bukan kosong-kosong hendak kasi aku dugaan maha berat seperti ini tetapi Dia nak kasi ganjaran yang sangattt besar kepada aku, dengan syarat aku kena berjihad ke jalanNya, dan aku juga fikir, di akhirat nanti aku juga perlukan syafaat dari junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang kita cintai, bukan datang sebagai umat nabi Luth. Ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Alhamdulillah, dalam umur aku sudah mencapai 30an, aku tidak pernah terlanjur or whatever.. bukan cakap aku baik pun, memang la aku jahatkan, aku kan gay. Tetapi aku lawan akan lawan sampai mati. Kalau aku boleh, korang pun pasti boleh, aku doakan korang mendapat taufik dan hidayah. Amin.. 

-Awan Yg TerPlu-

-----------------------------------------------------------------------------------

Anda baca, Anda nilaikan sendiri.. :)




Psssssttttttttt : Kepada student2 diploma dan asasi UiTM yang baru sahaja tamat final exam, Selamat Bercuti Semester.. :)





reff : http://mysuarablog.blogspot.com/2012/10/khas-buat-golongan-lgbt.html

Tags:

0 Responses to “Khas Buat Golongan LGBT”

Posting Komentar

Subscribe

Berlangganan artikel via email

© 2013 Ruang Inspirasi 2015. All rights reserved.
Designed by SpicyTricks