Minggu, 22 Maret 2015

Contract of Relationship ~3~

Smoga sobat semua tidak bosan bertemu saya he he, bagaimana kabarnya nih sobat semua ? yang pastinya sehat dan bahagia ya. Ok langsung saja pada topik kita kali ini adalah Contract of Relationship ~3~."


Sudah tiga minggu aku menjalankan misiku, namun semuanya tidak berhasil. Danny semakin menjauhiku. Susah untuk aku memikatnya. Aku semakin gelisah. Masih ada seminggu lagi. Macam mana ni?

Aku tak senang duduk. Xiao Mai sudah menyindirku. Aku mula berputus asa. Seminggu lagi. Boleh ke? Aku menekup wajahku ke atas meja.

�Beb, takkan sedih kot. Dah mengaku kalah ke? Hari ni tak nak cari si Danny tu,� ejek Xiao Mai yang entah datang dari arah mana. Setahu aku, aku hanya bersendirian di dalam kelas tadi.

Aku mengangkat muka. �Okay, okay. Boleh diam tak? Aku ada seminggu lagi kan?�

Xiao Mai berpeluk tubuh. �Tulah. Dulu berlagak. Dapat jadi girlfriend Danny dengan mudahlah, apalah. Danny akan in love kat kau konon. Sekarang apa hasilnya.Well, kau kena ingat, kalau seminggu lagi kau tak jadi girlfriend Danny, laptop kesayangan kau jadi milik aku. Kau kalah dalam permainan ni.�

Aku mula bengang. Aku mula mengatur langkah ingin keluar dari kelas. Sewaktu aku berada di luar kelas, aku terperanjat. Danny sedang bersandar pada dinding kelasku. Dia tersenyum sinis padaku. Kemudian dia menghampiriku. Bahuku di tepuk.

�Well, ini sebabnya awak mendekati saya?� soalnya berbisik rapat di telingaku.

Aku tersentak. Aku dapat rasakan hembusan nafasnya yang teratur. Aku cuba mengawal diri.

�Macam mana ni? Awak dah tahu plan saya.� Aku berpura-pura takut dengannya. Sempat aku menghadiahkan jelingan maut padanya.

Danny masih tersenyum sinis. �Cool. Jumpa saya lepas sekolah.�

Setelah berfikir baik dan buruknya, aku berjumpa dengan Danny selepas waktu sekolah. Dia mengajakku untuk minum di Starbuck�s. Aku hanya bersetuju. Buat apa nak takut. Setelah berada di Starbuck�s, aku memesan Mocha Blended. Danny pula memesan coffee Latte.

�So, awak setuju dengan plan saya?� soal Danny setelah membentangkan rancangannya.

Rupanya, pagi tadi Danny turut dicabar temannya. Secara kebetulan. Menurut Danny, dia dicabar menjadi boyfriend pada perempuan bodoh sepertiku. Aku hanya mampu mengetap bibir bila Danny cakap aku bodoh. Kalau ikutkan hati, nak aje aku tampar mulutnya yang tak ada insurans itu.

Pesanan kami sampai. Aku yang sedang haus, terus menyedut minumanku. Kemudian, aku memandang Danny. Pergh! Penuh tertib pegang cawan.

�Maksudnya, awak sanggup berpura-pura jadi boyfriend saya selama sebulan?� soalku ingin kepastian.

Danny mengangguk. �Kita berpura-pura sajalah. Tak ada siapa yang rugi. Kita berdua akan menang dalam pertaruhan.�

Aku membetulkan duduk. �Baik. Saya setuju!�

Danny tersenyum. Cukup sinis. �Great! Kita bincang lagi esok.�

_______________________________________________________________

Aku tergesa-gesa menuju ke taman belakang sekolah. Kata Caren, Danny ingin jumpaku di situ. Langkah ku atur menuju ke arah Danny yang sedang duduk di bangku kecil di meja bulat. Aku duduk di hadapan Danny.

�Ada apa?� soalku kasar.

Danny menghulurkan sehelai kertas. Aku mengambil kertas itu lalu di baca. Mataku terjojol membaca kertas itu.

Contract of Relationship.

Gila ke? Macam nak buat apa pula. Siap ada contract. Aku memandang Danny pelik.

�Well, kena ada black and white. Awak bacalah isi-isi perjanjian sebelum tanda tangan.�

Aku terus membaca isi-isi perjanjian.

Contract of Relationship

1. Danny Zhou Hao Ren akan menjadi teman lelaki pada Elaine Lee Mo Sa selama sebulan dan begitu sebaliknya.

2. Danny Zhou Hao Ren dan Elaine Lee Mo Sa perlu keluar temu janji setiap hujung minggu. (selama sebulan)

3. Elaine Lee Mo Sa perlu datang ke rumah Danny Zhou Hao Ren selepas habis sekolah dan perlu berada di rumah Danny Zhou Hao Ren sehingga pukul 6 petang. (selama sebulan)

4. Danny Zhou Hao Ren dan Elaine Lee Mo Sa perlu berlakon dengan baik. (selama sebulan)

5. Perjanjian ini perlu dirahsiakan. Jika salah seorang membocorkan rahsia ini, maka pihak teraniya boleh menuntut pampasan.

Pihak pertama, Pihak kedua,

___________ ___________

(Danny Zhou Hao Ren) (Elaine Lee Mo Sa)

__


Mataku membuntang apabila membaca perkara nombor tiga. Perlukah pergi ke rumahnya setiap hari?

�Saya rasa perkara nombor satu, empat dan lima okay. Tapi yang nombor dua dan terutama sekali nombor tiga, saya rasa tak perlu? Kenapa kita kena keluar setiap hujung minggu? Dan kenapa saya kena pergi ke rumah awak selepas balik sekolah? Tak perlu kot.�

�Sebagai kekasih, kita memang kena selalu keluar. Pasal pergi rumah saya tu, memang awak kena. Sebab dalam pertaruhan saya dengan kawan saya, saya kena bawa awak balik ke rumah saya.�

Aku mengerutkan dahi. �Selama sebulan? Sampai pukul 6 pulak tu. Lamanya. Banyak kerja saya kena buat.�

Danny menjongketkan keningnya. �Terpulang. Kalau awak tak setuju, saya tak rugi banyak. Just kena bagi RM 1 000 pada kawan saya. Keluarga saya banyak duit. Apa susah.�

Aku mendengus sambil menjelingnya tajam. �Okay, okaylah. Saya setuju. Bak sini pen.�

�Good! Lepas ni, awak balik kelas, awak pura-pura happy.�

Aku mengerutkan dahi. �Kenapa?�

Danny mengeluh kecil. �Kononnya, saya panggil awak ke sini untuk minta awak jadi girlfriend sayalah. Kita akan mulakan lakonan pada hari ini.�

Aku mengangguk faham. �Baik! Saya akan mulakan lakonan hari ini. So, awak kenalah layan saya dengan baik.�

Aku melangkah masuk ke bilik Danny. Tamat sahaja waktu persekolahan, Danny sudah menunggu aku di luar kelas dengan senyuman plastik. Dia menyuruhku balik ke rumahnya. Motorku dibiarkan sahaja di sekolah.

Di rumahnya, aku dihidangkan makan tengah hari. Mama Danny melayanku dengan agak dingin. Mungkin tidak menyukai aku datang ke rumahnya. Rupanya, Danny ada seorang adik perempuan yang bersekolah di Methodist Girl School. Umur adiknya 15 tahun.

�Awak duduklah kat situ. Saya nak mandi jap,� beritahu Danny sewaktu kami sudahpun berada di biliknya.

Aku tidak memberi sebarang respon. Danny pula menuju ke bilik air yang berada di dalam biliknya. Wah, dalam bilik pun ada bilik air. Dah tu, bilik dia sikit punya besar. Kalah ruang tamu aku. Maklumlah rumah dia besar. Anak orang kaya.

Aku memerhatikan biliknya. Ada tv, sofa yang selesa, katil saiz king, laptop, gitar. Peti ais kecil pun ada. Wah, lengkap bilik dia. Jeles aku. Aku duduk di atas sofa yang berhadapan dengan televisyen. Rambut yang ku ikat satu, aku lepaskan. Rambutku mengurai. Televisyen ku pasang.

Hmm, tak ada cerita best pun! Lalu aku menutup televisyen. Bosannya. Laptop aku pun tak bawa. Mana taknya, tiba-tiba kena datang rumah dia. Mana aku tahu. Dahlah, aku dapat banyak order semalam. Barang pun belum di pos. Lecehlah!

Aku menoleh ke belakang apabila aku terdengar pintu bilik air di buka. Aku memandang Danny dengan muka yang bosan. Danny hanya memakai tuala di pinggang. Badannya terdedah. Tapi aku tak tergoda pun.

�Saya nak baliklah. Bosan!� rungutku.

Aku mula memandang syiling di atas sambil bersandar di sofa. Tiba-tiba syiling putih yang kulihat tadi bertukar kepada wajah Danny yang begitu hampir denganku. Aku tersentak.

�Bosan? Jom kita buat aktiviti yang seronok sikit,� bicara Danny menggoda sambil mengenyitkan matanya. Danny mendekatkan bibirnya dengan bibirku. Aku menelan air liur. Dengan pantas aku menjauhkan wajahku. Dan pada waktu yang sama, dahiku terhantuk dengan mukanya. Aku dan dia sama-sama menjerit kesakitan.

�Apa yang awak buat ni? Saya main-main je,� marah Danny yang sudah terduduk di bawah.

Aku mencebik sambil mengosok dahiku. �Padan muka. Siapa suruh gatal?�

Danny bangkit dan duduk di sebelahku. Aroma sabun mandian menusuk ke hidungku.

�Awak yang cakap bosan tadi.�

Aku menjelingnya tajam. �Awak tahu tak saya banyak kerja nak buat. Saya ni bukan macam awak. Hidup saya busy 24 jam. Saya kena check websites saya setiap hari, hantar order, kemaskini akaun, check akaun, tambah produk, cari produk� awak apa tahu? Saya tak bawa laptop pun hari ni.�

Danny menggelengkan kepalanya. �Itu semua kerja gila. Lebih baik awak tumpukan perhatian dalam pelajaran.�

Aku memandangnya sambil bercekak pinggang. Pantang aku bila ada orang kutuk kerja yang aku buat. �Jangan berani hina pekerjaan saya. Awak orang kaya mana tahu apa-apa.� Selepas habis bicara dengannya, aku terus memalingkan muka.

�Whatever! Kalau awak nak guna laptop saya, awak gunalah.�

Aku terus menoleh ke arahnya. Danny sudah pun bangun dan menuju ke almari pakaiannya.

�Betul ke?� soalku separuh tidak percaya.

Danny tersenyum sinis. �Guna jelah. Nanti awak mati pula sebab bosan,� sindirnya.

Aku tidak menghiraukannya. Aku terus mengambil laptop di atas meja belajar dan aku bawa ke sofa. Laptop aku letakkan atas meja di hadapan sofa. Aku menekan suis on.

Password? Siap ada password. �Danny, apa password awak?� soalku.

Danny tidak menjawab tetapi dia menuju ke arahku dengan pakaian yang lengkap. Laptop di hadapanku di pusingkan, kemudian dia memasukkan password. Laptop dipusingkan menghadapku kembali.

�Saya nak buat kerja saya. Awak jangan ganggu saya.�

Aku menjelir lidah padanya. Siapa nak ganggu dia? Aku ni banyak kerja kena buat. Stok buku makin berkurangan. Mana nak cari ya? Kena buat iklan ni. Aku mula melakukan kerjaku. Tanganku laju menekan papan di laptop. Mataku terpaku pada skrin komputer.

Sedang aku asyik dengan kerjaku, pembantu rumah Danny datang sambil membawa air Fresh Orange. Aku yang sedang haus, terus meneguk minumanku setelah pembantu rumah Danny keluar.

Tumpuanku kembali semula di laptop. Jualanku pada hari ini banyak juga. Ada juga pelanggan yang minta aku carikan beberapa buah buku yang sudah lama. Aku akan carinya dengan memaparkan iklan di sekolah.

Apabila semua kerja sudah selesai, aku membuat senaman ringan. Kerjaku belum selesai lagi sebenarnya. Aku belum hantar stok pada pelanggan. Aku memandang Danny yang sedang leka menulis sesuatu.

�Kenapa saya kena pergi ke rumah awak setiap hari? Sekali-sekala okeylah. Saya ada hal nak buat kat luar.� Aku memecahkan suasana sunyi.

Danny mengangkat mukanya. Kemudian, dia besandar pada kerusi. �Biasanya setiap hari kawan saya selalu datang ke rumah saya. Jadi, awak kenalah ada kat sini. Barulah nampak kita ni sedang hangat bercinta.�

Aku tidak puas hati dengan jawapan dia. �Kalau macam ni, bila saya boleh pos barang pada pelanggan?�

Danny mencebik. �Itu bukan masalah saya.�

Aku memandangnya tajam. �Awak kenalah respect personal life saya.�

�Awak nak buat macam mana?�

Aku berfikir sebentar. �Haa� saya tahu. Apa kata saya datang ke rumah awak selepas saya uruskan hal saya.�

�Mana boleh,� bantah Danny.

�Kenapa pulak?�

Danny membetulkan duduknya. �Awak kena balik dengan saya lepas balik sekolah. Nanti baru orang nampak kita sedang bercinta.�

Aku memuncungkan mulut. �Habis tu macam mana?�

Danny menarik nafas. �Macam ni lah, biar saya yang hantar awak balik rumah. Lepas tu awak datang ke rumah saya. Pukul 4, awak mesti ada kat rumah saya. Biasanya, kawan saya lepak kat rumah saya pukul 4.�

�Kalau awak yang hantar saya ke rumah, macam mana dengan motor saya?�

�Tak payah bawak motor.�

Senangnya cakap. �Macam mana saya nak ke sekolah?�

�Saya ambik awak.�

Aku terlopong. Biar betul? Menyusahkan betullah.


"
Source : http://secretlun.blogspot.com/2010/07/contract-of-relationship-3.html

         Sekian bahasan tentang Contract of Relationship ~3~ ini dan penutup dari saya semoga berkenan di hati dan kami ucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya.

Tags:

0 Responses to “Contract of Relationship ~3~”

Posting Komentar

Subscribe

Berlangganan artikel via email

© 2013 Ruang Inspirasi 2015. All rights reserved.
Designed by SpicyTricks