Selasa, 24 Februari 2015
Motif/Niat
Selasa, 24 Februari 2015 by Alfanet Fx
He he jumpa lagi dengan saya dengan sobat semua, apa kabarnya nih sobat semua ? sehat dan bahagian bukan ?. Kita akan mencoba mengupas masalah Motif/Niat."
Immanuel�Kant�(22 April 1724 � 12 February 1804) menerangkan bahawa kehendak yang baik (good will) ditentukan berdasarkan peraturan (maxim) yang universal dan motif kehendak tersebut. Sebagai contoh:
- Seseorang menyelamatkan perempuan tua kerana tindakan tersebut akan menguntungkannya. Motifnya ialah untuk mendapatkan ganjaran dari perempuan tua tersebut. Kesimpulan Kant = Tidak Bermoral.
- Seseorang menyelematkan perempuan tua kerana tindakan tersebut akan menyebabkannya berasa gembira. Motifnya ialah untuk memenuhi keinginannya untuk menyelamatkan orang. Kesimpulan Kant = Tidak Bermoral.
- Seseorang menyelematkan perempuan tua kerana tindakannya itu dapat mengelakkan kecederaan orang lain. Motifnya ialah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh manusai berakal. Kesimpulan Kant = Bermoral.
Menurut Kant, situasi 1 dan 2 tidak universal kerana bergantung kepada akibat sesuatu tindakan, iaitu apa yang menggembirakan hati dan apa yang menguntungkan. Sekiranya moral berdasarkan keuntungan (situasi 1) maka perbuatan jahat yang menguntungkan juga akan dikira bermoral. Sekiranya moral untuk menggembirakan hati (situasi 2) maka perbuatan jahat yang menggembirakan hati juga dikira bermoral.
Hanya situasi 3 yang bermoral menurut Kant, kerana ia tidak tertakluk kepada apa-apa akibat tetapi semata-mata bergantung kepada apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan akal yang sihat, dan ianya adalah universal kerana akal yang sihat pasti mengatakan perbuatan jahat itu tidak bermoral.
Dari Perspektif Islam
Oleh kerana kehendak (will) yang perlu kita tunaikan hanyalah kehendak Allah S.W.T. dan kehendak kita perlu bertepatan dengan kehendak Allah S.W.T., maka setiap perlakuan kita juga perlu kepada niat semata-semata hanya kerana Allah S.W.T. atau hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Kant meganggap situasi 1 tidak bermoral kerana perlakuan tersebut bermotifkan ganjaran.....
Ya, benar, sebagai seorang Muslim, kita perlu ikhlas dan tidak boleh mengharapkan sebarang ganjaran atau balasan apabila kita melakukan sesuatu kebaikan. Sehingga ada Muslim yang terpengaruh dengan pandangan seperti Kant dan berpendapat bahawa Muslim yang sebenar tidak boleh mengharapkan syurga dan pahala dalam beramal.
Walau bagaimanapun, apabila seorang hamba ditawarkan hadiah oleh Raja segala raja, Yang Mencipta langit dan bumi, dan Yang Memberi rezeki, tetapi ditolak oleh hamba tersebut, maka hamba tersebut telah berlaku sombong terhadap Raja segala raja.
Banyak ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang menerangkan tentang ganjaran-ganjaran dan janji-janji Allah S.W.T kepada orang-orang beriman. Dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. itulah dinamakn ihtisab.
�Barang siapa yang berpuasa atas dasar iman dan ihtisab, maka dia diampuni dosa-dosa yang telah lalu� [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kant menganggap situasi 2 juga tidak bermoral kerana perlakuan tersebut bermotifkan untuk menggembirakan hati�..
Ya, benar, sebagai seorang Muslim, kita perlu ikhlas dan tidak boleh hanya melalukan sesuatu semata-mata untuk menggembirakan hati kita.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang hamba yang sebenar, kegembiraan hati hanyalah dalam mentaati Tuannya. Apabila kita gembira setelah melakukan kebaikan, maka itu adalah tanda iman.
��Sesiapa yang bergembira di atas kebaikannya dan bersediah di atas kejahatannya, maka dia adalah seorang mukmin� [HR. Tabrani]
Kant menganggap hanya situasi 3 yang bermoral kerana tidak mengharapkan sebarang balasan dan ia semata-mata berdasarkan akal yang sihat�..
Ya, benar, sebagai seorang Muslim, kita perlu menggunakan akal dan berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan.
Walau bagimanapun, akal adalah terhad untuk memahami hikmah-hikmah disebalik perintah-perintah Allah S.W.T. Akal boleh menjustifikasikan perbuatan meminum arak adalah tidak salah selagi tidak mengabaikan tanggungjawab dan tidak menganggu orang lain; akal juga boleh menghalalkan zina selagi pasangan adalah suka sama suka dan boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan. Hanya berpandukan akal semata-mata, masyarakat Islam akan rosak sebagaimana masyarakat Barat kini telah rosak.
Source : http://kepaknyamuk.blogspot.com/2011/07/motifniat.html
         Saya banyak berharap kepda para pembaca yang budiman sudi memberikan kritik dan saran yang membangun kepada saya tentang Motif/Niat demi bahasan-bahasan lainnya di kesempatan-kesempatan berikutnya. Semoga bahasan ini berguna bagi saya pada khususnya juga para pembaca yang budiman pada umumnya.
Tags:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 Responses to “Motif/Niat”
Posting Komentar